Helo, again 😬. Ini adalah kali ke-2 saya jejak kaki ke sini. Airport sudah besar dan tak seperti 6 tahun lepas, dan telah beroperasi lebih kurang 3 tahun tapi ruang kosong banyak lagi dalam arrival hall. Orang disini berkata kemungkinan sebab sewa mahal sebab itu tak banyak kedai dalam airport ini.

<

👆Gambar ini semasa bejalan menuju ke immigrasi.👆

Tukar sedikit wang di airport dan screenshot di atas adalah nilai matawang pada 14hb september 2017. Harga mungkin tidak begitu tinggi tetapi adalah selamat dan tidak mungkin ditipu.

Terlebih dahulu, saya telah menempah pickup ke hotel sebelum tiba di Bali kerana adalah lebih selamat untuk tempah dengan agen di hotel (untuk mengelak ditipu). Harga pickup adalah 250,000rp ke hotel di daerah Sanur dari Airport, Denpasar.

Hotel Abien👆

👆👆bilik kanak-kanak👆


👆👆
k👆👆

Kami diberikan bilik katil raja berdepan kolam renang. 👍🏻 sebab xpayah untuk naik ke tingkat atas dan boleh terjun ke kolam dengan mudahnya. Bilik ini berharga 1,350,000.00rp untuk 4h3m beserta sarapan pagi. Jus oren turut dihidang sebagai “welcome drink”. Bilik ini mempunyai smart flat screen tv 42″, jikalau ada membawa pendrive atau hardrive, senang untuk plug-in dan tonton. Siaran tempatan turut ada, termasuk HBO.

Gambar makanan untuk sarapan pagi dan room service. Semuanya okay cuma jumlah nya sedikit, utuk orang yang makan banyak memang tidak cukup 🤣🤣. Ayam drummet dalam gambar diatas adalah sangat sedap. Bole cuba kalau ke sini.

Di sekitar hotel ada banyak kedai-kedai. Saya membeli selipar di salah satu kedai dan harganya 120,000rp sepasang selepas diskaun dari harga asal 150,000rp. Sangat Mahal untuk selipar jika tiada jenama berbanding dengan di KL atau di bangkok utk 38Ringgit😩. Apakan daya sebab tak bawak selipar jepun😏.

👆gambarsliparemasku👆

Di Guardian, berdekatan hotel lebih kurang 5minit jalan kaki.👆👆👆👆

Kedai roti berdekatan hotel👆

Kami memasuki kedai roti ini lebih kurang 8:30pm-9:00pm. Saya sudah ternampak staff lelaki di dalam kedai roti ini mahu meletak papan tanda 50% off. Seperti kebiasaan kedai roti di mana-mana sekiranya kedai 2-3 jam sebelum tutup akan buat promosi separuh harga supaya orang ramai beli habis roti. Tapi, staff kedai ini terus letak papan tanda dibelakang dia dan buat2 macam saya tak perasan perbuatan dia. Semasa membayar 3 roti, harga adalah sama. Mungkin Ini lah sikap orang disini, Maximum profit but no sincerity and honesty. Even when i had my breakfast di The Loaf KL, dorg akan bagi diskaun kalau datang breakfast pagi2. What a shame kan! Patutlah sampai ke malam roti2 tak pandai habis!

Aiskrim Gelato👆 Gaya Gelato di atas sangat sedap. Yang hijau adalah pistachio yang putih adalah coffee (kon sederhana adalah 45,000rp) . Harga ada dalam gambar.

Semua tempat di atas hanya 5min dari hotel.

Secara amnya, adalah mahal berbelanja di sini (Bali) kerana mereka menggunakan US Dollar/Aud untuk mengganggar harga. Akan tetapi, Servis dan mutu makanan dan barang tidak seperti anggaran mereka. Di Thailand, mereka tidak kedekut dengan makanan. Apa yang dibayar adalah setimpal dengan harga.

Nantikan post akan datang supaya kalian bole terus membanding.

Thanks for reading! 😘😘

XOXO